the Chronicles of Tun Teja:p
AKU HANYA LAH SEMUT MERAH ;( by Aisha Saad

Wednesday, 27 July 2011 @ 08:41 | 4 Comment [s]

#assalamualaikum korang ;) 

CITER NIH MUNGKIN PANJANG, BACA BILA-BILA FREE YA. TAK PAKSA. BTW, DO REMOVE TAG KALAU RIMAS, SORRY ;)


“inalillahiwainailahirojiunnn….” Selepas mengungkapkan perkataan ini, Fahmi diam terkelu. Seperti hilang separuh dari semangatnya. Namun apa kan daya, kuasa Allah, kita hanya hamba-Nya di muka bumi. Benarlah, ajal tidak mengira umur, dunia hanya lah pinjaman untuk manusia.

tapi berakhirnya satu kematian bukan lah pengakhiran buat segalanya. hidop mesti diteroskan. kita penumpang di dunia ini, yang mana hidop hanya sekali, jadi kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. ;)

--------

1 tahun lepas……..

‘salam awak, thanks for approve… keep in touch ya after this ;)’ FAHMI

‘welcome. Insha-Allah.  ZAFINA

--------
FAHMI AHMAD.  Doktor. Kacak. Beragama. Alaa, kalo aku describe lebih kang korang cakap aku tiru filem-filem melayu yang tipikal tuh. Tak pon novel cinta melayu yang harap mukasurat sajaa tebal, tapi baca perkataan pertama dah boleh expect apa jadi akhirnya. So cukupla aku cakap Fahmi nih sempurna. Kira kalau aku kahwin dengan dia memang anak aku makan kenyang, permainan cukup, tak payah nak hentak-hentak kaki. Tapi, tak sedar diri pulak aku nak berdiri sebelah dia.. yer la aku ni sapa je kan…

Dah la kerani ofis biasa. Muka pulak cun sikit jek dari budak 2 tahun yang make-up comot-comot tuh. Family aku pon tak la sehebat dia. Tapi bukan salah aku nak berkawan dengan dia. Kau nampak atas tuh? Dia yang add aku okk.

‘LETIH BEKERJA. SUSUN FAIL, SIMPAN DATA, BERPINAR MATA AKU…. KAN BEST KALO DAPAT REHAT-REHAT JEK KAT RUMAH…’  (ZAFINA)

-alalala, kesian awak. Itu lah saya ajak kawin awak tak nak….- (FAHMI)

-awak kalau tak merepek tak boleh ker? Saya sajaa jek buat status nih. Bukan apa-apa pon.- (ZAFINA)

-saya seryes what! Jom chat, kalo awak free laa. Saya pon baru sampai nih. Free buzz me kat YM k?- (FAHMI)

----------

SITI ZAFINA ZARIFF:

Selaluya macam ni lah. Fahmi ni sangat pandai bergurau. Aku kan pompuan takkan tak cair kot hati aku. Tapi sebab aku sedar semut merah mana boleh berdiri sebelah gajah. Jadi sebab tak nak kena pijak dengan gajah, aku amek ayat-ayat dia sebagai bergurau jela. Kalo chat pon, bila dia macam nak termasuk soal hati dan perasaan, aku cepat-cepat tukar. Tak segan pulak aku kan? Kot la makin banyak cakap, makin banyak pulak aku terluah perasaan.

Kalau tanya aku jujur pasal cinta, aku akan jawap aku juga manusia yang perlukan cinta manusia lain. Yer la walaupun aku dapat jek cinta dari parent, adik-adik, tapi sama pulak dengan cinta si kekasih hati? Mesti lah tak. Jadi anak gadis macam aku sangat inginkannya. Dan macam biasa impian setiap gadis nak kekasih yang beragama, boleh terima keluarga aku, boleh sayang dan hormat aku sebagai wanita, boleh bagi nafkah yang cukup bila kahwin nanti, dan macam-macam lagi la yang indah-indah. Tapi, itu lah aku belom jumpa lagik…

Bila dah jumpa tak sesuai pulak. Dulu aku penah kenal lelaki yang dia ingat semua awek adalah bini. Tak bengang pulak aku? Aku rambut pon tak penah tunjuk kat orang, tetiba nak jadi bini-tak-sah untuk dia? oh peh-liss. Then lepas tuh aku jumpa lagik sorang yang dah cukup sempurna kat mata aku, sekali………. LAKI ORANG DAA. Dan lepas tuh aku serik untuk mencari lagi. Kalau ada jodoh, ada la yang datang cari aku. tapi jodoh takkan datang kalau tak mencari….. cemana eh?

Selalu kan bila chat dengan Fahmi, dia akan share macam-macam pasal kerja dia. Sambil cerita dia akan nasihat kan aku jaga kesihatan. Peh caring wey, takkan tak cair hati aku. tapi setiap kali hati nak cair, cepat-cepat aku sedarkan diri. Aku sapaa, dia sapaa!

Lagik dia akan share minat dia. dia minat kumpul bekas kaca yang dalam dia ada air, lepas tuh yang macam snow-snow sikit tuh. Alaa, macam dalam citer MY GIRLl tuh. Tau tak? Dia penah share photo menatang-menatang tuh dengan aku. macam-macam bentuk ada. Cantik! Tapi orang kaya macam dia boleh la nak beli banyak-banyak benda yang tak berfaedah macam tuh. Kalo aku beli? Tak makan pasir pulak aku hujung-hujung bulan nanti? Tapi tak dinafikan, aku suka sangat benda tuh.. sebab dulu masa aku nak pindah dari sekolah sebab ayah aku tempat kerja, ada sorang kawan aku bagi hadiah nih. Sampai sekarang aku simpan. Tapi kat rumah ibu la. Nanti one day aku nak tunjuk gak kat dia…

Fahmi reti melukis tau. Dah la lukisan dia cun gilaa. dia penah lukis gambar pemandangan yang aku letak as profile picture aku. peh real wey. Dia selalu mintak nak lukis gambar aku, tapi…….. aku nih kan muka biasa-biasa jek, sempurna dan cukup sifat tapi tak laa cantik mana. Tak segan LAPAN pulak aku nak suruh dia tatap lama-lama and lukis. Oh no! kat facebook pon, aku letak satu jek gambar aku. gambar aku dengan dak-dak ofis. Nak letak gambar sorang, eeiii idok ler teman. Segan!

Dia nih aku rasa hot la jugak. Aku tengok wall facebook dia hari-hari ada jek yang roger. Laki pon ada, pompuan pon ada. Tapi tu la dia layan biasa-biasa jek. tak macam dia layan aku. ker aku yang perasan eh? HAHA. Tapi seryes aku pelik, kenapa dia macam seryes sangat mengusik aku. dah la tuh, kalo dia busy pon mesti nak jugak hantar apa-apa kata kat wall aku. kata kawan aku dia suka aku, tapi kata aku…. AKU HANYALAH SEMUT MERAH.

‘BUZZ’ (FAHMI)

‘BUZZ’ (ZAFINA)

‘Fee, baru online ker? Tadi awak buat apa?’

‘tadi saya tolong cousin angkat barang. Dia nak dok dengan saya lepas nih. Takder la sewa bilik sorang-sorang..’

‘eh nanti awak nak kahwin cousin awak tak takot ker dok sorang?’

‘saya kahwin? Lambat lagik lah..’

‘saya ingat nak masuk meminang dah.. awak belom ready yer?’

‘tak kelakar pon. Jangan la bergurau benda cam nih awak. Saya takot hati saya tak tahan..’

‘sapa kata saya bergurau?’

‘eh tadi kan masa saya on the way balik, ada orang kena ragut depan mata saya…’

SIGH! ‘awak berhati-hati la lalu jalan tu. Peragut di mana-mana..’

‘thanks awak.. esok kerja ker?’

‘ahad kan esok? Tak kerja. Jom keluar… saya amek awak kat rumah, boleh?’

‘tak boleh. Saya nak bawak sepupu saya jalan-jalan KL.’

‘saya bawakkan korang dua?’

‘eh sepupu saya panggil la. Dia ajak makan. Ada masa kita sambung yer…’

SIGH AGAIN. ‘ok. Dah free buzz me ok?’

---------

FAHMI AHMAD:

Setiap hari pon macam nih…. Kelihatan jinak, tapi susah nak dekat. Nih dah masuk 5 bulan aku try. Apa yang kurang tah aku nih? ker sebab flirt through facebook eh dia rasa main-main? Tapi salah aku ker? Aku dah try mintak nombor dia cakap dia pakai public phone jaa. Aku ajak jumpa dia asyik mengelak jaa, abis tu aku nak buat cemana lagik?

SITI ZAFINA ZARIFF. Nama sedap. Tuannya pon sedap mata memandang. Satu jek gambar dia letak kat facebook katanya segan ditatap ramai. Orangnya pon tampak baik, kira kalau jadi bini aku, anak-anak aku konpem akan dapat didikkan yang sempurna. Tapi tu la, khayalan nak lebih jek, padahal misi tak pernah berjaya.

Apa lagi aku nak buat? Bila aku luahkan perasaan dia cakap aku pandai buat lawak! Hello buat lawak apaa, aku sungguh-sungguh ler. Ker sebab dia adaa yang punya eh? Status dia kadang-kadang buat aku confuse jugak.

‘BOLEH JADI KITA SUKA ORANG TUH BERSUNGGUH-SUNGGUH, TAPI KITA DAN DIA TERLALU JAUH BERBEZA. CUBA SEDAR DIRI. AKU HANYA SEMUT MERAH.’

‘CINTA? HANYA ORANG YANG HEBAT MAMPU HIDOP TANPANYA. TAK KISAH LA CINTA DARI SESIAPA PON. ASAL KITA MANUSIA, CINTA ADALAH KEPERLUAN. HATI AKU MUNGKIN CINTA CARA NYA, TAPI BERPIJAK LAH DI BUMI YANG NYATA LALU KATAKAN AKU HANYALAH SEMUT MERAH…’

‘HATI WANITA, JANGAN PERSENDAKAN. MUNGKIN LUKA DI LUAR TAK KELIHATAN. TAPI DI DALAM? BERHENTI PESENDAKAN HATI SI SEMUT MERAH INI, HATINYA HATI WANITA. LEMBUT, RAPUH, DAN TAK PERNAH KUAT’

See, status dia. AKU SEMUT MERAH. Mungkin dia ada minat sesiapa la aku rasa. Aku macam nak terasa jugak, tapi dia……. tak pernanh la nak berteros-terang. Aku paham pulak hati dia cemana kan? Bila aku tanya wajib dia ubah topik. Dulu mula-mula kenal larat la aku nak drag masuk topik asal balik, tapi nih dah lima bulan? Kerja aku memang tunggu hati dia je pon, takder kerja lain. Fuh!

Eh aku belom cerita lagi eh kenapa aku suka Zafina nih? ok sebenarnya dia nih tak silap aku la kawan aku masa kat sekolah dulu. Masa tuh baru darjah 3 kot. Ada sorang budak pompuan sekolah aku nama dia Zafina. Aku tak ingat nama penuh apa. Dia dulu duduk tepi meja aku. tetiba satu hari dia bagi tau aku dia nak pindah, ikot ayah dia. esok last dia datang sekolah. Aku masa tuh tak der hadiah kenangan nak bagi so aku bagi la kaca-snow yang aku suka tu. Aku ada banyak kat rumah. ini la kenangan aku dengan arwah atok aku. tapi aku tak tau nak start macam mana pasal hal nih kat dia. mana taknya, aku baru nak masuk hal seryes dia dah tukar tajuk. Tak kejung pulak lidah aku bila topik teralih serta-merta? Hurm. Lama gak aku cari dia nih dari habis sekolah takder kontek pape, nih dah berapa dah umur aku. yang aku pelik, dia tak ingat plak kat aku. maybe aku kacak banyak kot dari dulu. Fuh.

Cemana lagi eh nak bagi dia paham? Ker aku sepatutnya dah give up? Okk aku bagi tempoh sebulan lagik. Kalo dia masih macam nih, aku terpaksa la gerak. Yer la dah orang tak suka, takkan nak paksa kot? 6 bulan dah kejap LAPAN dah aku usaha. Dalam sebulan nih I will try my best.

1)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, FAHMI-ZAFINA: Salam Fee. Awak sehat hari nih? saya baru nak pi kerja. Awak kerja elok-elok yer. Semoga hari nih segala urusan kerja berjalan lancar ;)

2)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, FAHMI-ZAFINA: Fee, dah balik kerja ker? Saya baru habis. Last patient saya tadi kena kayap. Habis badan dia. takot saya tengok. Harap lepas dapat ubat sakit dia berkurang. Fee, jaga diri tau. Takot saya kalau jadi yang tidak-tidak kat awak. Take care fee ;)

3)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, FAHMI-ZAFINA: Fee, kenapa tak reply? Oh mesti awak busy sembang dengan sepupu awak kan? Takpe laa. Cuma malam nih saya nak bagi tau, saya sangat seryes dengan perasaan saya. Harap awak dapat menghargai perasaan saya. Please jangan cakap, “PANDAI AWAK BUAT LAWAK..” saya tak melawak ler, saya seryes. Ok saya penat, nak rest. Good night awak ;)

Tiap hari dalam sebulan aku dok laa message macam nih. Tapi takder la setiap hari perkataan sama. Tapi basically macam nih. mesti semua nak tau apa respon dia kan? Aku ringkas kan jelaa tau..

1)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, ZAFINA-FAHMI: yer saya baru balik. Sepupu saya ajak pi makan kat luar. Maaf tak reply. Ok good night. Salam.

2)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, ZAFINA-FAHMI: terima kasih ambil berat pasal saya. inshaAllah saya akan jaga diri. Awak juga jaga diri.

3)      PRIVATE MESSAGE FACEBOOK, ZAFINA-FAHMI: saya pon baru nak pergi kerja. Terbangun awal pagi nih. kerja elok-elok ;)

Aku tunggu dia relpy pasal perasaan aku tuh.. mana? Mana? Padahal aku ulang setiap hari kot. 30 hari tanpa henti, tapi respon dia? aku janji sebulan je lagi kan? Hari nih genap sebulan. Aku rasa aku kena move on. Takpe la dah kalau dia tak nak, takkan aku nak meratap pilu seumur hidop. Aku nih hensem dah macam Aaron Aziz dah. pedehal kan?

Betol lah kekacakkan, kerjaya, duit belom tentu boleh beli hati wanita. Cuma doa aku, kalau jodoh aku dengan dia, semoga Allah temukan kami kembali. Ecehh!

--------

SITI ZAFINA ZARIFF:
Aik pelik lah. Mana message si Fahmi nih? facebook aku rosak ker apaa? Ok dia sebuk kot pagi nih. takpe laa, baik aku pi buat kerja aku dulu.

FAHMI STATUS UPDATE: ‘selamat tinggal kawanku, tak mudah aku pergi, bila wajahmu sentiasa di hati ini….’ (DINA & ZIZAN)
Erk, dia maksudkan aku ker? Bila pulak wajah aku sentiasa kat hati dia? takpe la biar jela. Kalo dia ingat aku, nanti mesti dia message aku balik.

---------

Selepas seminggu…

SITI ZAFINA ZARIFF:

Erk memang dia dah pergi laa. Kan dah cakap, lelaki………. Cinta lelaki datang dan pergi. Nasib aku tak pernah cakap apa aku rasa. Kalau tak…….. fuh memang meroyan aku bila dia hilang macam tu jek.

Dah la makin hot mamat nih kat facebook. Ramai betol kawan perempuan dia. takpe la, padan pon dengan dia. dia semua ada. Duit ada, rupa ada, kedudukan ada. Aku?? APA PON TAK BOLEH.

Dah laa slow-slow try lupakan dia. nak send message kat dia segan. Kang dia tau la aku suka kat dia. oh no! tapi tak salah kan kalo aku teros stalk facebook dia. kami bukan bermusuh pon…

----------

FAHMI AHMAD:

Uyaii, tak message aku teros Fee nih. kot la lepas aku hilang dia cari, nih tak langsung… ok kalo dulu aku acah-acah je nak pi, nih dah kalau cam nih takkan acah-acah lagi kot? Ok aku pergi betol-betol… Chill Fahmi, chill. Bunga bukan sekuntum.. ;)

---------

Dan masa berlalu teros. Dua-dua talian persahabatan ini ibarat putus tanpa kata. Dua-dua bermain tarik tali. Dua-dua dengan perasaan tersendiri. Dua-dua punya bicara hati yang sukar untuk di lafazkan. Tapi dah ini yang tersurat oleh takdir, apa lagi nak buat kan? Kita manusia, kita hanya merancang. Yang menentukan semua ada Allah S.W.T. sebab itu, jika bercinta berpada-padalah. Kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

---------

FAHMI AHMAD:

Fuh letihnyaa outstation macam nih. actually aku baru balik dari perkampungan orang asli. Sajaa buat kerja amal. Lagi pon aku ada cuti tahunan tak habis lagik. Orang bujang macam aku kan, kalo ada cuti lama-lama pon bukan boleh buat apa. So baik lah aku beramal. Kot boleh bantu aku masuk syurga nanti.

Rindu facebook lah, tah apa tah jadi. Facebook dan aku ibarat nyawa dan badan. Kalau dah hilang nyawa, badan takkan hidop. Tapi nih hiperbola laa sangat kan. But yes seriously, I love facebook. Ada korang tanya? HAHA.

MESSAGE FROM ZARVINA: ‘salam, saya Zarvina sepupu Zafina. Saya Cuma nak bagi tau awak, Zafina dah takder. Allah lebih sayangkan nya. Maaf bagi tau awak lambat. Saya sibuk uruskan hal-hal arwah yang lain. Arwah meninggal disebabkan accident pada hari Isnin hari tu. Arwah baru dapat lesen dan baru saja beli kereta. Tapi malang tidak berbau arwah kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.  Arwah selalu cerita pasal awak kat saya. Dia suka awak dan pernah cuba membalas kata cinta awak tapi itu lah dia hanya semut merah. Cuma saya sebagai keluarga arwah, saya mintak maaf kalau ada salah arwah apa-apa, kalau arwah ada hutang apa-apa sila bagi tau saya yer. Maaf mengganggu urusan awak. Assalamualaikum….’
Ya Allah….. Inalillahiwainailahirojiunnn………… sesungguhnya pada Allah kita datang dan pada-Nya juga kita pulang….

Terkelu aku. macam tak percaya. Sangat berharap ini mimpi. Hampir putus semangat aku. walaupun aku dah tak kawan dengan dia, maksud aku dah tak send message macam dulu, tapi aku update je hari-hari tentang dia. apa status dia, apa dia buat, dengan siapa dia berkomen rapat dan paling penting dia orang yang aku pernah sayang walaupun sayang aku tak berbalas.

Eh wait. Cousin dia cakap, DIA PERNAH CUBA BALAS CINTA AKU, TAPI DIA HANYA SEMUT MERAH. What?? SEMUT MERAH tuh kisah dia dan aku ker? Ya Allah, kenapa tak berterus-terang sajaa. Fee, kalau awk berterus-terang jek, sempat jugak saya bahagia kan awak walaupun sekejap.

Tapi benda dah lepas kan, semoga Fee tenang dan aman di sana. Saya akan doa kan awak Fee. Fee maafkan semua salah silap saya. Fee mungkin kita tak berjodoh sebab ni kot yer, awak tau awak akan pergi dulu. Fee awak orang yang baik, saya harap awak akan aman kat sana. terima kasih Fee atas semua kenangan kita. walaupun awak tak pernah terima saya, saya tak pernah marah awak. yer la mungkin salah saya. saya seryes, tapi cara saya nampak kurang bersungguh. dan yang plaing penting, kita manusia, kita rancang, yang tunaikan Allah. doa saya sentiasa mengiringi awak...

-------

5 BULAN KEMUDIAN….

Sekarang Alhamdulillah aku dah dapat hilangkan kesedihan. Aku percaya setiap ujian yang Allah turunkan untuk aku pasti punya hikmah tersendiri. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap mahluk yang telah diciptakan.

Aku sekarang dah berkawan rapat dengan sepupu Zafina, Zarvina. Sedikit sebanyak aku dapat rasakan mereka orang yang sama. Muka juga ada iras-iras. Tapi tidaklah sebijik. Zarvina agak senang untuk diajak berbual, diajak keluar.

Dia seorang guru. Guru Matematik. Setakat ini yang aku tau, dia masih single, baru habis belajaa dan ini posting yang pertama. Di Sekolah Menengah Teknik Gombak. Sopan dan sedap mata memandang. Seperti Zafina, tidak begitu cun dan tidak begitu terok. Sedang-sedang. Aku rasa aku dah jatuh hati kot dengan dia… keh keh keh.

Minggu depan hari jadi dia. aku ingat nak luahkan sekali perasaan aku. tak nak dah aku luah di alam maya, atau dalam telefon. Biar bersemuka depan-depan. Baru perasaan tuh sampai tepat kepada si pemilik hati. Ecehh!
------

SITI ZARVINA ZULKIFLI:

Alhamdulilah akhirnya aku dah jadi isteri orang. Macam tak percaya aku dah kahwin. Ye la dulu masa orang lain sibuk berkapel kat Maktab, aku jek yang single. Orang lain grad dapat bunga dari suami la, bf lah, tunang lah, aku dapat dari parent jek. eh, ibu abah bukan kite tak bersyukur dapat bunga dari ibu abah, tapi kita nak cakap kite jek takder pasangan masa nih.

Kadang-kadang jodoh nih datang dalam banyak cara. Macam aku? aku tak jangka pulak jodoh aku datang dalam cara yang macam nih. Kak Fee, Kak Fee tak marah kan kita amek kawan Kak Fee? Kak fee doakan kite bahagia tauu.

Abang Fahmi, terima kasih terima Vee dalam hidop abang. inshaAllah bang, Vee akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Abang Vee muda lagik, mana-mana silap Vee abang tegor lah. Mana-mana Vee tak tau abang ajar lah Vee. Semoga kita akan bahagia sampai ke syurga. Amin…
------

FAHMI AHMAD:

Keh keh keh. Macam tak percaya kan? End up aku kahwin jugak. Padahal umur dah nak masuk 30. Laki takpe lambat-lambat.

Siapa sangka Vee jodoh aku. mula-mula kawan dulu aku just nak korek apa sebenarnya Fee bagi tau Vee. Tapi dah Allah siapkan Vee jodoh aku, jadi kahwin la aku dengan Vee.

Fee, terima kasih sangat-sangat. Awak teman yang baik buat saya. Awak juga temukan saya dengan isteri saya. Awak doakan kami bahagia yer… semoga Fee tenang-tenang di sana.

Vee, terima kasih sebab terima abang. Cuak jugak petang yang abang terus-terang tuh Vee senyap sampai abang hantar Vee pulang. Abang ingat Vee benci abang. Rupanya Vee berfikir. Masa tuh kalau Vee pon tolak abang, memang abang dok membujang la sampai sekarang. Vee, kita baru sangat kenal, mesti Vee pikir kenapa abang terburu-buru nak masuk meminang dan kahwin kan?

Maaf lah abang gelojoh sangat. Tapi abang takot lepas kita dah bercinta sakan end up tak dapat apa. Sebab tuh abang teros nak cepat-cepat. Lagi pon abang dah mintak petunjuk dari Allah, abang rasa abang dah buat pilihan tepat…
Abang cuba jadi suami yang terbaik utnuk Vee. Abang janji abang takkan sia-siakan hidop Vee. Abang janji abang akan bersama Vee dalam apa pon masalah atau ujian. Tapi Vee abang sibuk sikit, abang harap Vee paham tugas abang. nanti dah ada rezeki abang cuba bukak klinik sendiri. Masa tuh kurang lah sikit sibuk macam sekarang. Semoga kita dimurahkan rezeki yer Vee. Dah la Vee apa berucap panjang nih, dah malam pon. Jom lah tidor… benci LAPAN kat Vee. ;)

Selamat malam korang. Harap korang berpuas hati dan cemburu dengan cerita cinta aku yang agak pathetic di awalnya, dan berakhir dengan bahagia. Doa kan aku bahagia eh, aku nak 6 orang anak. ;)

-------THE END--------

Amacam ok? Dah lama aku tak menulis. Rasa kekok. Harap semua berpuas hati. Macam selalu la kan, kalo baca cerita aku takder part sedih. Urat sedih aku mati. Aku tak reti cemana nak sedihkan keadaan. So, I’m sorry. Ini bukan idea ori dari aku. ada member facebook yang mintak di anonymouskan namanya punya idea. Aku tolong tulis jek. So untuk mana-mana yang kurang, I’m sorry… (tak payah nak baca cara AMIR RAJALAWAK sangat lahh ;p)

NAK SHARE SIKIT:

#  sejak lahir kita dah ditetapkan jodh masing-masing. Jadi bersedia lah. Mungkin orang yang kita tengah bercinta sekarang jodh kita, tapi tak mustahil juga jika bukan dia. so cinta lah berpada-pada. (tapi Islam cakap couple tu haram? Tah no comment pasal nih. masaing-masing la kan dah besar pon)

# kita selalu rasa rendah diri dengan apa yang kita ada. Sampai kadang-kadang memudaratkan diri sendiri. Yer memanglah kita bukan doktor, engineer, arkitek, lawyer atau apa-apa, tapi kita jugak punya hak atas muka bumi nih. mungkin kita bukan doktor sebab kita punya bakat besar dalam menjadi peniaga? Jadi apa nak rendah diri kan? Hidop kat dunia sekali sajaa, kalo dok nak rendah diri sampai ke tua, agak-gak dapat apa yer?

# luahan perasaan melalui alam maya atau phone? Hurm…. Bukan tak boleh. Sekarang segalanya pon di hujung jari, di hujung telinga. Tapi dengan cara nih susah sebenarnya. Susah nak pastikan sejauh mana kesungguhan kita. Tapi kalau orang yang korang tengah adjust tuh, macam boleh terima, teroskan jelaaa. Cuma nasihat aku, berhati-hati yaw!

# kadang-kadang kita takot berteros-terang sebab kita takot kita dipermainkan. terutamanya lah perempuan. tapi kalau tak berteros-terang kita risau orang yang kita suka lari. jadi cemana eh? kalau aku, baiklah berteros-terang. apa nak malu, kalu itu bukan untuk kita pon, at least kita dah cuba. TAPI, JANGAN LA TEROS-TERANG CARA PATETIK, TRY MAKE IT IN JOKE MUNGKIN. joke yang sampai la maksudnya. try ya!


Ok itu jelaa. Again thanks for reading. Feel free to comment and condemn. Assalamualaikum….

Writer: AISHA SAAD/AISHA INANI (feel free to visit my tak-best blog: http://aishawhatever.blogspot.com/ )


 p/s: LAPAN tuh makna dia lebih kurang macam maksud terbalik laa. contoh, cerita nih best LAPAN! maksudnya, citer nih tak best lah.. ok? --->> sapa tah ajar aku. fuh! sorry peningkan korang ;


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Big hello peeps! i'm Aunniey Noel, a 20 years young and live as Malay, Muslim and Malaysian..thx for dropping by..and..WELCOME TO MY BLOG!


Navigations!

Diary About Stuff Site



me & wuri shillang KIM HYUN JOONG:>
Let's Talk!

!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : tun teja